snow

REPOST-MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum, hari ni aku nak share sikit pasal majlis pertunangan aku pd 01 Jun 2014.  Alhamdulillah, majlis tu berjalan dgn lancar, cuma pihak lelaki datang lambat sikit. jalan jam mungkin.  seriously aku cakap, masa majlis tu aku tak senang duduk. gementar gilaaaa... actually aku punya majlis ni mmg simple , takde pelamin pun. ibu cakap tunang je kannn. hehehe .. mak andam pun takde . make up sendiri semua tuu dan ditolong oleh kawan ibu . hehehehe

okayyy, hantaran yang sepatutmnya pihak laki nak bg adalah 7.. tapi ibu aku ni suruh bagi 5 je , katanya nak buat simple je .. last2 , kiteorg punya yang lebih.. jadi 9 semuanya. so kiranya 5 balas 9 lahh . heheheh .teruk betul . tapi takpe laaa.. pihak perempuan bagi lebih takpe. tak jadi masalah.
antara barang yg aku hantar kat dia ialah:
1. minyak wangi
2. sejadah
3. kain pelikat
4. kek
5. cup cake buble
6. buah-buahan
7. sirih junjung
8. coklat
9. tuala
hhaaa, tu laa barang2 nya .. yang tolong gubah orang kuat ibu aku. sape lagi kalau bukan kawan2 dia sebelah rumah .. diorang laaa yg byk tolong utk menjayakan majlis tu dari mula sampai laa habis, thank you so much makcik2 .. iloveyou laaahhh ! mmuahh . hehehee.
okay, jum tengok gambar2 yang aku post ni..maaf kalau tak berapa nak cantik .. just sharing :)

ni hantaran dari dua2 pihak ... opss lupa . hantaran dari lelaki colour biru.. 


                            
                                             haaa , ni laaa baju yang mak aku buatkan, btw manik tu aku jahit sendiri . simple jeee

ni kek tunang dari pihak lelaki .. actually warna dia aku tak berapa minat .. tapi bila makan sedap . sebab dalam tu kek lapis

ni masa bakal mak mertua sarungkan cincin menggigil tangan aku . hahahahaha
okay, lepas sarung cincin mesti lahh kene salamkan tangan kann. hehehe


with cousin aku, yang kiri tu elyn n yang kanan tu ain. dorang ni sepupu aku belah ayah yang paling rapat.

                                                          
with abang sayang.  hehehehe ni laa Encik Tunang aku. hehe. hope kekal sampai ke akhir hayat

with bakal adik ipar.  ella n yana. dua2 sweet .. 

cincin merisik n tunang. 



tuala berbentuk bunga dan belakang tu ade love

sejadah berbentuk rehal

kain pelikat bentuk kipas

set minyak wangi just susun n ikat reben. simple 

ni laaa kesemua hantaran yang dah siap digubah kecuali sirih junjung

haaa, tu je yg aku dapat share . gambar tak byk kat fon aku. takpe laa tunang je pun . nanti kahwin aku post byk2 ,hehehe .bilee tu? In Shaa Allah kalau jodoh ni berkekalan. aminnnn .. 

xoxo lyla :)

TUNANG

assalamualaikum.  dah lama tak update apa-apa cerita kat laman sosial ni. hehe.. sekarang ni aku dah taknak pk lagi masalah yang dulu.  tu cerita dulu..aku malas dah nak pk..apa yang aku nak dalam hidup aku sekarang ni ialah aku nak mempunyai masa depan yang cerah.  In Shaa Allah awal bulan 6 ni aku tunang dengan orang yang aku sayang . Alhamdulillah ... selama 4 tahun kawan..finally ade jugak plan nak ke alam perkahwinan . after this kena buat perangai elok sikit .  no more gedik2, mengada2 n layan sebarang laki.. haha .. mmg tak pun . sbb bukan hobi aku melayan lelaki.. lagi2 dah ade orang yang caring sgt pasal aku.  sekarang ni tengah prepare buat hantaran untuk tunang.. hope Allah ease everything.  macam2 yang aku pk .. time tunang nanti tu macam mana laaa kan. aku nak kena buat apa . almaklumlahh . first time kan ..takut jugak ., seram sejuk tu dah rasa sekarang ni,, okay sebab dah terlalu excited.. tema hantaran aku warna silver light+gold.  5 balas 7.  majlis tunang aku tu nanti just simple je.. sbb masing2 busy kerja .. lagi2 time aku tunang tu ayah aku kerja .. so dia cuti separuh hari je.. cuti time majlis tu mula.. takpe lahh yang penting semuanya berjalan dengan lancar.. seriously mmg tak sangka.  dari sekolah jumpa and kekal sampai sekarang. dulu asyik gaduh je. bila dah buat plan nak tunang-kahwin barulahh boleh pk matang .. kalau tak dulu perkara kecik pun dibesar2kan.  In Shaa Allah aku akan jaga relay ni sebaik mungkin. aku sayang dia sangat-sangat and aku harap hubungan kami ni kekal sampai bila2.  setiap manusia mampu berubah sama ada baik atau buruk.. jangan lupa , kehidupan yang kita pilih adalah kehidupan yang kita corak sendiri .  bukan orang lain.
xoxo :D

LUKA DIHATI

Kenapa aku masih tak dapat lupakan ape yg dia buat ?? Hati aku terlalu sakit.. kenapa baru skrg dia nak brterus terang?? Kenapa dia taknak jaga hati dan perasaan aku ek? apa salah aku?? Aku sedih ! Aku rasa macam nak gilaa bile ingat semua ni !! dia tak pnah faham aku. Aku menyesal terima dia balik dlm hidup aku. Aku takkan dpt lupakan ape yg dia buat sampai aku rasa sakit hati cmni . Aku benci dia !

TERKILAN

Sekarang ni aku tgah study BEL (BI).. takde mood actually. sejak dua menjak ni aku tak tahu knpe aku terlalu moody, ade je org yg nak sakitkan hati aku.. baru2 ni aku terkilan gilaa dgn perangai adik aku.  Aku just tegur dia.. perkara baik. Dia ejek2 aku .. ckp mak aku pun dia lawan.. then bila aku pukul dia. Dia menangis gila2 dgn aku.  Pastu dgn jayanya dia koyak kan seluar aku.  Aku tak tahu knpe dia snggup buat cenggitu.  Sumpah aku terkilan gilaa ! Mkn hati dgn sikap dia.. bkn nak berlagak or ape.  Seluar tu da la mahal. Rm200++.. hmm, sedih sgt.  Aku beli seluar tu pakai duit aku sendiri. Tp ??malas nak ckp.  Skrg ni pulak gaduh dgn bf aku. Aku nam study, dia pulak sibuk nak call.  Sibuk nak ajak msg.. then bilaa aku tak layan nak marah2. Ehh , tak faham bahasa ke aku nak exam??? Final kut. Bukan test biasa..aku stress skrg ni . Serious stress .  Rasa nak menangis ! Nak lari dr semua org ! Tak sanggup dah hidup cmni. Bkn tak bersyukur .. tp tak sanggup ! Hmm ape laaa nasib aku kan.. mmg sadis.

ROOMMATE

ini kisah kami satu roommate.. dari sem 1 sampai sem 2 muka budak dua orang ni je laaa yang terpaksa aku tatap. hahaha. nama dorang NUR AIN (ain) and NUR AIN SHAFIQAH (sha).. kiteorang ni memang boleh masuk kepala. bile duduk sama2 ade je benda yang kiteorang ceritakan sampai ketawa guling2. tak kira lahh time tu kiteorang tengah study or tengah makan. semua bolehh. hahahaha. ada lagi satu manusia, nama dia NUR FAIZAH (pejah). dia ni pulak duk bilik sebelah . tapi boleh dikatakan setiap hari lahhh dia bertandang bilik kiteorang ... masa sem 1 dulu aku sekelas dengan dia.. tapi bila dah  masuk sem 2 semua dahh terpisah .. dia sama kelas dengan roommate aku, sha.  kiteorang 4 orang kdg2 sewa kereta hangout sama2 .. pergi Melaka Sentral, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan.. memang best laaahhh kawan dengan dorang ni .. tapi kan sem ni aku terasa sebak sangat bila semua kemas barang untuk balik cuti sem.. padahal next sem boleh jumpa lagi. tapi mungkin dah tak sama bilik.. agaknya sape la kan yang sama bilik dengan aku untuk sem dpn .. kalau boleh aku taknak laaa sama dengan orang lain.. aku nak dengan roommate aku jugak .. sbb dorang dua ni laah dahh faham sangat dengan perangai aku. aku jujur laaahh memang masa mula2 kenal dengan dorang aku tak berapa suka sgt cara dorang bergaul.. cara dorang bercakap dengan aku.. tapi bila dah lama2 kenal.. benda tu jadi seronok.. sebab kiteorang ni jenis tak kisah .. cakap laaah lepas pun.. kiteorang tak pernah ambil hati.. kiteorang just anggap benda tu gurauan semata-mata.. dan yang paling aku suka kawan dengan dorang berdua ni... dorang tak pernah kedekut nak bagi pinjam apa2 .. kiteorang saling sama2 menolong ..  bila dorang susahh aku tolong and bila aku susah , dorang pulak yang tolong... kadang2 kiteorang saling nasihat menasihati... kalau gaduh pun tak sampai 5 minit dah baik semula..ohhh ya ! lupa nak cakap ,, kiteorang ni lahir pada bulan yang sama iaitu bulan 8.. tapi aku yang paling last..ain lahir 5/8. sha lahir 11/8.. n aku pulak lahir 21/8 . aku laaa yg paling last .. kdg2 dorang layan aku macam2 budak. hehehe.. tiba2 terasa diri ni manja .. hehe. papepun aku harap sem depan aku dapat sama bilik dengan dorang lagi . aminnnnnn...
sha and faizah
me and sha (dinner)
dyla and ain


sha, faizah and me . (hangour at MC)
hangout 
 muka2 sem 1

first time keluar sama2 pergi makan


hangout kat seremban


BLOG . . . :-(

aku tak tahu nak luahkan kat siapa.. blog ni je laaa yg sudi dengar cerita aku . ayah aku tak pernah tanya kenapa aku jadi macam ni.. suka melawan bila dia marah aku . buat bodoh je apa yang dia cakap .. kenapa aku makin sosial .. tapi tak sampai tahap maksimum lagi ... aku jadi macam ni pun sbb dia sendiri yg buat . aku tension sangat .. sejak pindah seremban ,, kehidupan aku 100% berubah , aku rasa aku bukan NUR ADILAH yg dulu.. sejak duk seremban ni , aku selalu dikongkong . tak boleh hang out da dgn kawan2 macam dulu .. aku rasa terseksa sgt , nak minta duit lagi lahh payah sekarang ni . then asyik nak marah2 jea . bukan kadang2 , tapi everyday,, kalau boleh anytime.. bila aku dah dapat belajar dekat uitm ,, aku rasa bebas, bak kata orang culture shock .. bukan nak jauhkan diri dari family .. tapi aku nak balik kebebasan aku yg dulu .. awal2 tahun ni aku accident dgn mmbe n bf aku . time tu pukul 2 pagi.. semuanya gara2 nak sangat overnight .. tapi apa pun tak dapat .. aku makin kena marah ade laa.. parent aku tak pernah tanya kenapa aku jadi macam ni .. aku rasa kesal sgt . aku terlalu tension . aku duduk rumah ni asyik buat dosa je .. bila kena marah ,,aku melawan ,. sbb aku rasa apa yg parent aku ckp pasal diri aku tu langsung tak betul ..  aku just nak bela diri aku . tapi lain jadinya . aku benci keadaan macam ni .. aku ingat lagi .. dulu ayah n ibu selalu bawak pergi jalan2 n bercuti . camping, beriadah, balik kampung, bercuti, jalan2.. macam2 laaa.. sekarang langsung da takde nak buat macam tu .. sejak atuk da takde .. susah sngat nak jejakkan kaki tu kt kampung , camping lagi lahh sangat . ade je alasan .. kadang2 aku rasa nak menangis pun ade . buat masa ni bf aku laaa yang selalu bagi semngat kat aku bile aku rase down . aku rasa tertekan ..biar laaa aku jauh dari family, asalkan aku tak buat dosa yg boleh membuat kan ibu n ayah aku tersinggung .. aku faham perasaan dorang . dorang nak anak2 dorang ni berjaya . tapi tak perlu laa sampai push2 supaya study je . nonsense .. boleh gila aku kalau asyik tengok buku jea . otak aku ni pun perlu kann rehat ... aku taknak stresa lagi .. aku harap segalanya akan berubah menjadi seperti sediakala ..

I LOVE YOU

sedihkan bila kita cakap 'I LOVE YOU' dekat orang yg kita sayang . tapi jawapan dia just 'hmm' .. tak pun kena marah sbb kacau dia .. entah laaa . aku rase sekarang macam diabaikan . bukan diabaikan dengan parent sendiri , tapi dengan BF . orang yg aku sayang . aku tak tahu nak cakap macam mane . mungkin aku patut biarkan dia buat sementara waktu . memang laaa susah . tapi nak buat macam mana kan . terpaksa jugak ,. dia da lain sangat sekarang ni . aku pun tak tahu kenapa . bila tanya alasan BUSY.. busy sangat kah dia ? smpai takde mase utk aku . seriously, aku cakap , dulu dia takde pun cmni , lately ni da berubah sangat . tak tahu laaa ape yg mnyebabkan dia berubah smpai cmtu sekali . sbb aku ke ? kalau aku puncanye .. ape yg aku da buat ????? puas aku tertanye2 . kenapa mesti jadi macam ni??. setiap msg yg aku send kat dia . dia abaikan .. langsung tak berbalas . aku ni da tak penting ke utk dia ? kenapa dia perlu buat aku mcm ni?? kenapa dia seksa hati aku . aku hormat dia , tapi macam ni yang dia balas kat aku . aku sedih ,, hati aku menangis . selama ni aku tahan .. kena marah dengan dia pun aku masih lagi mampu tersenyum .,. sebab aku nak pujuk hati aku yg da sedia terluka ni . aku taknak jadi lemahh . tapi hari ni aku nak luahkan segalanya .. aku dah tak tahan lagi cmni . aku nak menangis sepuas hati aku . aku memang da tak kuat . bila semua ni nak berakhir ??? kadang2 aku rase aku ni macam da tak wujud kat dalam diri dia . start from now . aku takkan kacau dia lagi . tapi boleh ke ?? padahal aku da terlalu sayangkan dia . dia BF aku.,dia kawan baik aku . aku selalu mengadu masalah aku kat dia . dia tmpat aku bermanje . .habis tu kalau da jadi cmni dengan sape aku nak mngadu ? kt mne aku nak bermanje , ermmm. ibu .... ayahh . sy terlalu sedihhhhhhh ..

to MOHD ANUAR : sy sayang kan awak . sampai sy mati pun sy tetap syg awak . awak da byk berkorban utk sy . da banyak kenangan yg kita cipta same2 . awak nak sia2kan cmtu jea ke ? tapi andainye sy bukan utk awak dan awak da tak perlukan sy lagi . sila lepaskan sy .. sy taknak hati sy terluka ,.biarlaaa sy pergi cari kebahagiaan sy . ILOVEYOUSOMUCH !